Terms & Conditions

Terma dan Syarat berikut hendaklah dipatuhi sekiranya pelanggan menggunakan laman web Quiff Resources.

Ddengan menggunakan laman web, bahan, dan perkhidmatan Quiff Resources, pelanggan menerima sepenuhnya terma dan syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya pelanggan tidak bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan, pelanggan disaran supaya tidak menggunakan laman web, bahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam laman web Quiff Resources dan apa jua perkhidmatan dari Quiff Resources.

Sekiranya pelanggan mendaftar di laman web Quiff Resources, pelanggan adalah bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat kepenggunaanya.

Pelanggan mestilah sekurang-kurangnya berumur 18 tahun untuk menggunakan dan berurusniaga dengan laman web Quiff Resources. Dengan menggunakan perkhidmatan dan laman web Quiff Resources, pelanggan diandaikan telah berumur 18 tahun dan keatas.

Laman web Quiff Resources menggunakan “Cookies”. Pelanggan dianggap telah bersetuju dan membenarkan sistem dan laman web Quiff Resource mengakses dan menggunakan “Cookies” sekiranya pelanggan meneruskan aktiviti di laman web Quiff Resources.

Terma & Syarat Pemborong

Quiff Resources menawarkan jualan secara pukal kepada individu atau syarikat yang berhajat untuk membeli barangan dalam kuantiti yang banyak. Belian borong memerlukan pelanggan membeli sekurang-kurangnya enam unit atau lebih sesuatu jenis barang. Walaubagaimanapun, pelanggan masih boleh berbincang dengan pihak Quiff Resources terlebih dahulu untuk belian minimum.

Terma & Syarat Program Dropship

Seseorang individu boleh mendaftar bagi program affiliate. Program ini tidak memerlukan seseorang individu atau syarikat menyimpan stok. Seseorang individu boleh memasarkan produk dari pihak Quiff Resources tanpa membelinya terlebih dahulu. Setiap individu akan dibekalkan dengan URL link, setiap pelawat yang membeli barangan dari Quiff Resources melalui URL link individu tersebut, individu tersebut berhak mendapatkan sejumlah komisen jualan bagi setiap jualan. Walaubagaimanapun, Quiff Resources berhak untuk meluluskan atau menolak setiap komisen yang dijana oleh individu terbabit.

Setiap individu yang mendaftar untuk program ini juga tertakluk kepada pihak pengurusan Quiff Resources samaada meluluskan atau menolak pendaftaran seseorang individu itu. Sila hubungi pihak Quiff Resources untuk kelulusan akaun dengan kadar yang pantas.

Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk program ini.

Pembayaran

Quiff Resources tidak menggalakkan pelanggan membuat bayaran ke akaun bank peribadi. Namun begitu, ianya masih dibolehkan dan Quiff Resources akan memberikan nombor akaun dan penama akaun sekiranya diminta. Pembayaran boleh dibuat ke akaun syarikat berikut;

Vertiwire Solutions - Maybank Berhad - 5120 5301 0477

Quiff Resources - CIMB

 

Panel Tool

Reset